Monday 7 November 2011

Simpulan Bahasa


Marilah kita belajar simpulan bahasa :  Berat Mulut

Berikut adalah beberapa simpulan bahasa dan maksudnya.
Sila baca dan memahaminya.

1. Berat tangan : Orang yang tidak suka menolong orang lain.
2. Berat tulang  : Orang yang malas bekerja.
3. Cakar ayam : Tulisan yang tidak kemas dan sukar dibaca.
4. Langkah kiri : Tidak bernasib baik; rugi.
5. Mulut tempayan : Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa di atas.
1. Rakan-rakan James tidak berani menceritakan rahsia mereka kepada James kerana dia ____________.
2. Yumi ditegur oleh emaknya kerana bersikap _____________.
3. Hari ini  Mei Mei ___________ kerana lewat bangun dan ketinggalan bas.
4. Karangan Muthu sukar dibaca kerana tulisannya seperti ______________.
5. Osman telah dipecat oleh majikannya kerana dia lalai dan ___________.

Semoga mencuba^^

No comments:

Post a Comment