Tuesday 8 November 2011

Peribahasa


Marilah belajar peribahasa : Seperti musang berbulu ayam

Maksud : orang jahat yang berpura-pura baik; berpura-pura menolong namun niat sebenarnya  menjerumuskan.


Berikut adalah beberapa peribahasa yang berlainan.
Sila baca dan memahaminya.

1. Bagai kera dapat bunga : Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.

2. Bagai itik pulang petang : Orang yang berjalan lambat.

3. Bagai ayam disambar helang : Seseorang yang hilang atau mati secara tiba-tiba.

4. Bagai bertepuk sebelah tangan : Cinta atau kasih yang tidak berbalas.

5. Bagai kucing kehilangan anak : Orang yang berada dalam keadaan bingung.

Semoga mencuba^^

No comments:

Post a Comment